Peguam Minta Anak Guam Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan Terhadap Dirinya

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 3:39 PM

Americk Sidhu

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isteri kepada mendiang penyiasat persendirian P. Balasubramaniam telah diminta oleh peguamnya mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan media terhadap beliau berhubung saman konspirasi.

Americk Sidhu berkata beliau akan menarik diri daripada mewakili A.Santamil Selvi jika anak guamnya itu gagal untuk mengeluarkan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan berhubung saman sivil terhadap Perdana Menteri.

"Dia berkata bahawa saya telah menghasut beliau untuk memulakan saman terhadap Perdana Menteri dan lain-lain. Saya tidak melakukannya.

"Dia perlu berkata bahawa dia memohon maaf dan tidak menyatakannya serta menarik balik (kenyataan). Lihatlah kedudukan saya, bagaimana untuk saya hadir di mahkamah mewakili dirinya. Saya terawang-awang," kata Americk kepada pemberita selepas pengurusan kes saman itu di Mahkamah Persekutuan.

Americk berkata beliau telah menghantar surat kepada Santamil minggu lalu dan bersedia untuk memberi masa kepadanya bagi mempertimbangkan tindakan seterusnya.

"Saya belum menerima sebarang arahan daripadanya. Saya tidak mahu menjejaskan kesnya. Terpulang kepada dirinya, termasuklah jika dia mahu mendapatkan seorang peguam baru," katanya.

Pada permulaan prosiding mahkamah, Khamis, Americk memberitahu Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Azahar Mohamed bahawa beliau tidak menerima sebarang arahan daripada anak guamnya dan tidak boleh membuat apa-apa permohonan bagi kes itu.

Santamil memohon kebenaran terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Oktober tahun lepas yang mengetepikan perintah persetujuan untuk menghantar balik kes itu kepada Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

keluarga Bala - Santamil dan tiga anak mereka - Kishen, Menaga dan Reeshi - pada 24 April tahun lepas gagal untuk mengembalikan semula saman konspirasi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan enam yang lain.

Hakim Mahkamah Rayuan Hakim Mohd Zawawi Salleh, yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa notis rayuan yang difailkan oleh keluarga itu rosak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan