Keluarga Kesal Pelaksanaan Hukuman Mati Diberitahu Pada Saat Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 1:00 PM

Gunasegar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas dua tahun menunggu hukuman mati, seorang banduan dan keluarganya hanya mengetahui tentang berita yang paling ditakuti itu sehari sebelum hukuman mati itu dilaksanakan pagi ini.

Eksekutif akaun P. Joty, 30, berkata keluarganya bergegas pergi bertemu abangnya Gunasegar pada Khamis, selepas mereka menerima surat yang menyatakan hukuman mati terhadapnya akan dilaksanakan 'tidak lama lagi'.

Surat daripada Jabatan Penjara Taiping itu tidak memberikan tarikh pelaksanaannya, namun menasihatkan mereka supaya membuat persiapan menuntut mayat untuk pengebumian.

Satu sumber daripada Majlis Peguam mengesahkan melihat surat itu dengan berkata tarikh surat itu adalah lebih awal tetapi ia hanya diterima pada Rabu.

Apabila 25 ahli keluarga melawat Gunasegar di penjara Taiping, mereka diberi berita tergempar bahawa dia akan digantung pada waktu subuh hari Jumaat.

"Saya dan ibu saya melawatnya minggu lepas. Mereka tidak memberitahu kami apa-apa," kata Joty, sambil menangis teresak-esak apabila dihubungi melalui telefon.

Salah seorang anak daripada sembilan adik-beradik itu berkata dia telah menangguhkan perkahwinannya untuk tinggal dekat dengan abangnya di Penjara Pokok Sena, Kedah, penjara di mana banduan hukuman mati ditempatkan sebelum dipindahkan ke Taiping bagi pelaksanaan hukuman.

Katanya, keluarga terdekat diberi satu jam untuk berjumpa dengannya, manakala selebihnya mempunyai kira-kira 40 minit bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang.


Apabila The Star meminta untuk bercakap dengan ibu Gunasegar, Joty berkata dia masih menangis dan berasa 'terganggu' untuk bercakap.

Gunasegar dijatuhkan hukuman mati kerana peranannya dalam pembunuhan B. Venukumar, ketika berusia 24 tahun, dalam satu pergaduhan kumpulan pada 4 April 2005.

Joty berkata Gunasegar mengekalkan pengakuan tidak bersalah, dan memberitahunya bahawa 'hanya Tuhan yang tahu apa yang berlaku, tetapi saya perlu mengucapkan selamat tinggal'.

Dalam dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada The Star, Gunasegar didakwa bersama J. Ramesh dan J. Sasivarnam bersaudara, yang membunuh Venukumar di sebuah taman permainan di Taman Ria Raya, Sungai Petani, Kedah.

Walaupun semasa perbicaraan ketiga-tiga mereka mendakwa bahawa mereka telah diserang oleh satu kumpulan termasuk Venukumar dan mereka hanya mempertahankan diri, Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah pada tahun 2011.

Keputusan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2012 dan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014.

Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia Shamini Darshni mengkritik pengendalian Jabatan Penjara berhubung perkara ini dengan berkata pengumuman pada saat akhir itu sebagai 'tidak berhati perut' kepada keluarga.

Amnesty International menyatakan kebimbangannya mengenai amalan hukuman mati secara 'rahsia' di Malaysia, dengan berkata ketelusan dalam penggunaan hukuman mati adalah satu perlindungan yang penting dalam kes-kes tersebut.

Walaupun badan-badan awam Amnesty International dan Peguam Malaysia menyeru kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Gunasegar, Ramesh dan Sasivarnam itu, ketiga-tiga mereka telah dilaksanakan hukuman mati pada pukul 6.30 pagi hari ini.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Presiden Majlis Peguam Malaysia Steven Thiru berkata adalah tidak adil untuk menjalankan hukuman mati ketika kerajaan sedang mengkaji untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.
Tags / Kata Kunci: hukuman mati , Penjara Taiping , Gunasegar

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan