Dua Lelaki Bebas Tuduhan Bunuh Rakan - Berita Mahkamah | mStar

Dua Lelaki Bebas Tuduhan Bunuh Rakan

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki terlepas tali gantung selepas  Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh rakan di belakang sebuah hotel di sini, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap peniaga S. Ravichandran, 30, dan S. Steven Arputharaj, 26, yang bekerja sendiri, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Mohd Azman berkata pendakwaan gagal membuktikan elemen untuk mengaitkan kedua-dua tertuduh dengan pertuduhan itu.

"Pendakwaan perlu buktikan beberapa elemen antaranya sama ada tindakan kematian dilakukan oleh kedua-dua tertuduh, kecederaan yang dilakukan itu membawa pada kematian dan kedua-dua tertuduh melakukan niat secara bersama.

"Mahkamah mendapati tiada keterangan sedemikian sama ada secara langsung atau keterangan mengikut keadaan, maka mahkamah memutuskan tiada kes prima facie...kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri," kata hakim itu.

Seramai 21 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 26 Nov 2014.

Mengikut pertuduhan, Ravichandran dan Steven Arputharaj didakwa membunuh M. Mugunthan, 28, seorang buruh, di belakang Hotel Geo, Jalan Tun Sambanthan, di sini antara 9.15 malam dan 9.49 malam, 17 Mac 2014.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff manakala Ravichandran diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan dan Steven Arputharaj diwakili peguam S.Selvam.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan