Lelaki Thailand Didakwa Edar 88Kg Kanabis

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand yang ditahan oleh Kastam Padang Besar bersama 88 kilogram kanabis pada 7 Mac lepas, didakwa di Mahkamah Kangar hari ini atas tuduhan mengedar dadah.

Hares Waeda-Oh, 37, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Izmi menetapkan 2 Jun depan untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu keputusan laporan kimia dan proses melantik peguam tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Hares didakwa melakukan kesalahan itu di Unit Pemeriksaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Padang Besar, jam 9.30 pagi pada tarikh berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Parma Chandraverah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan