Sarjan Tentera Didakwa Miliki Pistol Dan Peluru

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang tentera berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki pistol dan peluru di kuarters kakitangan tentera di Setapak di sini, pada Mac lepas.

Bagi pertuduhan pertama, S.Premanathan, 34, didakwa memiliki sepucuk pistol CZ92 CAL 6.35 Browning yang menyalahi undang-undang di G2B-13-2, RKAT Kem Wardieburn, Setapak pada 8.40 malam, 7 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam butir peluru mengandungi S and B 6.35 BR tanpa suatu lesen, di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh tetapi peguam Ahmad Ridza Mohd Noh memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan anak guamnya perlu menyara isteri, seorang anak berusia tiga bulan dan ibunya yang tua.

Hakim Amernudin Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan tiga syarat tambahan terhadap tertuduh iaitu dia perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan dilarang mengganggu pengadu dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sarjan , Setapak , Browning , Akta Senjatapi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan