Rasuah: Sarjan Polis Dipenjara Empat Tahun, Denda RM20,000

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman dua tahun dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Sarjan Muhamad Sofri Talib, 37, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu, Isnin. 

Muhamad Sofri, yang bertugas di Balai Polis Dang Wangi, hanya perlu menjalani hukuman itu dua tahun selepas mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Nasir membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan selesai tetapi memerintahnya membayar denda itu, Isnin.

Muhamad Sofri dituduh melakukan kesalahan itu sebagai dorongan melepaskan anak lelaki ahli perniagaan itu yang ditangkap mengikut Seksyen 324a dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dengan ikat jamin polis dan menutup kertas siasatan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta rasuah RM2,000 di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Cochrane di sini pada 7.15 malam, 10 Jun 2013 dan bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah RM2,000 di restoran MH Curry House di Cheras, di sini pada 10.50 malam, 10 Jun 2013.

Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Nizam Wan Omar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Peguam Ahmad Faris Khairudin yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya tidak mempunyai pendapatan selepas digantung kerja sejak Mac 2015, dan merupakan penanggung tunggal keluarga kerana isterinya tidak bekerja dan dia perlu menyara ibu dan bapa mentuanya yang tinggal bersama.

Sepanjang 10 tahun berkhidmat dalam pasukan polis, tertuduh pernah menjadi pegawai penyiasat dan berjaya menyelesaikan beberapa kes selain dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sarjan , Balai Polis Dang Wangi , rasuah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan