Keputusan Permohonan Najib Masukkan Kenyataan SPRM, Peguam Negara 7 April

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 7 April untuk keputusan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memasukkan dua kenyataan yang menafikan pembabitannya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam samannya terhadap Harakah dan Harakahdaily.

Perdana menteri memohon untuk meminda pernyataan tuntutan bagi memasukkan kenyataan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan bahawa wang RM2.6 bilion adalah bukan daripada 1MDB dan Peguam Negara Tan Sri Nohamed Apandi Ali yang menjelaskan bahawa RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan, dan Najib tidak terlibat dalam kes SRC International. 

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nor Emelia Mohd Iszeham yang mewakili Najib dan Wan Rohimi Wan Daud mewakili Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop dan Ketua Editor Harakahdaily Taufek Yahya.

Nor Emilia memberitahu pemberita bahawa mahkamah juga menetapkan lima hari bagi perbicaraan kes saman itu pada 23, 24, 27, 29 dan 30 Jun.

Pada 18 Mac tahun lepas, Najib memfailkan saman terhadap Rosli dan Taufek selaku defendan kerana menyiarkan satu artikel yang ditulis Rosli pada 19 Feb tahun lepas berhubung isu 1MDB.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu bermaksud untuk mencemar reputasinya dan telah menyebabkan orang ramai mengecam beliau dalam media sosial dan media massa.

Najib juga mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis Rosli sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana menteri turut mendakwa defendan dengan sengaja menyiarkan artikel itu kerana mempunyai agenda peribadi untuk menggugat keyakinan rakyat terhadapnya.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta faedah dan perintah menghalang defendan atau pembantu mereka daripada terus menyiarkan artikel berkenaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , 1MDB , Harakah , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan