Warga Pakistan Mengaku Tidak Bersalah Cuba Rasuah Polis

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 11:16 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang juruteknik warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad terhadap pertuduhan cuba merasuah seorang pegawai polis sebanyak RM200 pada 11 Mac lalu.

Safi Ullah Alinor, 29, didakwa melakukan kesalahan itu ketika diperiksa pegawai polis berkenaan sewaktu sedang berada di sebuah warung beralamat No 1-13, Jalan Tenang Dua, Kampung Pasir Putih di Pasir Gudang, di sini kira-kira 4.30 petang.

Tertuduh yang belum berkahwin dan telah bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di sini selama enam tahun, menawarkan suapan itu sebagai dorongan tidak menangkapnya setelah disyaki terlibat dalam kes penipuan.

Mengikut kertas pertuduhan, Safi Ullah pada mulanya hanya menawarkan wang tunai sebanyak RM100 kepada pegawai polis itu.

Namun apabila pegawai polis itu memberi amaran supaya tidak merasuahnya, tertuduh tidak mempedulikannya dan terus menambah sekeping lagi wang tunai RM100.

Berikutan itu, juruteknik itu telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam sebelum laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Baharu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Undang-Undang Malaysia Akta No. 694), dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 4 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nor Fadzlin Mohd Hamdan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan