Mahmud Abu Bekir Dibenar Gantung Perintah Bayar RM30 Juta Kepada Bekas Isteri

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 10:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan permohonan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib bagi menggantung perintah pembayaran mutaah berjumlah RM30 juta terhadap bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.

Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Mahmud Abu Bekir berkata  Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nor Faiz Asfal Abu Bakar membenarkan perintah penggantungan sementara sehingga pendengaran permohonan penggantungan penuh selesai. 

Dalam aplikasi mesej WhatsApp kepada media, Zainul Rijal berkata, pada Isnin lalu pihaknya memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab pada 10 Mac lepas yang memerintahkan anak guamnya membayar mutaah itu kepada bekas isterinya. 

Muhamad Abdul Karim dalam keputusannya itu juga memerintahkan Mahmud Abu Bekir, 53, selaku defendan, membayar mutaah itu secara ansuran selama tiga bulan bermula 31 Mac ini. 

Peguam Dr Mohd Rafie Shafie yang mewakili Shahnaz, 53, sebelum ini berkata  bahawa jumlah RM30 juta yang diputuskan oleh mahkamah itu menjadikan jumlah yang tertinggi dalam kes tuntutan mutaah setakat ini.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Jan 1992, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 23, namun pada pada 11 Mei 2011 mereka bercerai dengan talak satu dan pada 9 Jun 2011, Shahnaz memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan