Papagomo Tidak Menyesal Lindungi Adik Perempuan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 6:46 PM

Wan Mohd Azri Wan Deris.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penulis blog, Papagomo berkata beliau tidak menyesal melindungi adik perempuannya.

"Mungkin saya tidak sepatutnya menyerang pekerja tersebut tetapi yang pasti saya tidak menyesal melindungi adik saya," kata Papagomo kepada pemberita ketika ditemui di lobi Mahkamah Jalan Duta selepas membayar dendanya.

Lelaki berusia 33 tahun itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret Husna Dzulkifly.

Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Mohd Azri Wan Deris didenda RM4,300 atas tiga pertuduhan kerana menyerang seorang pekerja asing.

Beliau diarahkan membayar RM1,000 atau jika gagal, penjara dua bulan untuk pertuduhan pertama, RM1,500 bagi pertuduhan kedua dan RM1,800 untuk pertuduhan ketiga.

Papagomo didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menampar, menumbuk dan menendang pekerja warga Pakistan, Khuram Shahzad di hadapan lot ED-03-03A di pusat membeli-belah Starparc, Wangsa Maju di sini kira-kira pukul 1.30 petang pada 29 Januari lalu.

Bapa empat anak itu diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff.

Dalam merayu untuk hukuman ringan, Azizzul berkata anak guamnya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dia tidak melakukan kesalahan itu secara membuta tuli seperti disebut dalam satu kenyataan fakta.

Tags / Kata Kunci: Papagomo , Wan Mohd Azri Wan Deris

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan