Papagomo Didenda Serang Pekerja Asing

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Papagomo didenda RM4,300 atas tiga pertuduhan kerana menyerang seorang pekerja asing.

Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Mohd Azri Wan Deris, 33, didakwa atas tiga pertuduhan melakukan serangan di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Papagomo, selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu menampar, menumbuk pipi kiri serta menendang alat sulit Khuram Shahzad, 33.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di hadapan Starparc Point, Wangsa Maju di sini pada 1.30 tengah hari 29 Januari lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000.

Mahkamah juga memerintahkan Papagomo menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh, bagaimanapun membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan menampar dia didenda RM1,000 atau dua bulan penjara, bagi kesalahan menumbuk dia didenda RM1,500 atau tiga bulan penjara dan denda RM1,800 atau lima bulan penjara untuk kesalahan menendang alat sulit mangsa.

Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa berada di tempat kerja, dia didatangi tertuduh bersama seorang lelaki dan tiga wanita termasuk dua adik perempuannya.

Tertuduh kemudian mengarahkan mangsa dan dua lagi rakannya beratur di hadapan tertuduh sebelum meminta dua adik perempuannya mengenal pasti individu yang didakwa telah melakukan gangguan seksual.

Terdahulu, dalam rayuan meringankan hukuman, peguam tertuduh, Azizzul Shariman Mat memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya bukan bertindak secara membuta tuli serta perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta empat orang anak.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh memandangkan kejadian seumpama itu kerap berlaku.

"Saya percaya tertuduh mengguna nama Papagomo dan sudah dikenali ramai, seharusnya mempamerkan teladan yang baik. Mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan juga orang ramai," katanya.

Menurut laporan media baru-baru ini, satu rakaman video berdurasi empat minit diviralkan di media sosial menunjukkan Papagomo menampar, menumbuk dan menendang mangsa.


Tags / Kata Kunci: Papagomo , serang , pekerja asing

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan