Empat Rakan Didakwa Cuba Rompak Penyambut Tetamu Hotel

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 7:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat rakan termasuk dua adik-beradik dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan cuba merompak seorang pekerja hotel, bulan lepas.

Ahmad Helmi Osman, 24, dan adiknya Amirul Ashraf Osman, 23, Intan Zaleha Mohd Zaki, 23, dan Didi Andika Junaidi, 27, kesemuanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Keempat-empat tertuduh didakwa bersama-sama cuba melakukan rompak terhadap Charles Lee Kok Chin, 25, penyambut tetamu, di kaunter penyambut tetamu sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini pada 12.05 tengah malam, 14 Februari  lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz tidak menawarkan sebarang wang jaminan atas alasan kesalahan yang dilakukan kesemua tertuduh adalah serius.

"Pihak pendakwaan juga bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain dia berkemungkinan melarikan diri," katanya.

Ahmad Helmi dan Amirul Ashraf, kedua-duanya mekanik, memohon mahkamah mengenakan jaminan minimum dengan alasan mereka perlu menjaga ibu manakala Intan Zaleha yang tidak bekerja berkata dia berasal dari keluarga susah, mempunyai enam adik-beradik dan ibu bapanya pula sudah bercerai.

Seorang lagi tertuduh Didi Andika, seorang pembantu restoran memberitahu mahkamah dia sudah berkahwin dan perlu menyara dua anaknya.

Hakim Jagjit Sigh membenarkan kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang dan menetapkan syarat tambahan iaitu mereka tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan dalam kes itu.

Mahkamah menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rompak , penyambut tetamu

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan