Mahkamah Tolak Rayuan Tiong Paksa Wartawan Dedah Sumber

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 10:20 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi memaksa seorang wartawan mendedahkan identiti sumbernya dalam kes saman sivil terhadap bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Panel lima anggota hakim, diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Shariff sebulat suara menolak rayuan itu dan mengarahkan Tiong membayar  RM10,000 masing-masing kepada wartawan Joseph Sipalan dan Ong.

Beliau berkata mahkamah itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa perintah Mahkamah Tinggi iaitu Sipalan tidak perlu mendedahkan identiti sumber bahan berita untuk artikelnya, tidak boleh dirayu.

Sipalan, bekas wartawan New Straits Times (NST), kini dengan agensi berita Reuters, telah menulis artikel bertajuk 'Chua dan Tiong in cahoots'.

Md Raus berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu semasa dalam proses perbicaraan dan oleh itu, ia tidak akhirnya melupuskan hak mana-mana pihak.

Panel tersebut turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusof Wahi.

Pada asalnya, Tiong memfailkan sama sivil pada 12 Oktober 2009 dengan menamakan New Straits Times Press (NSTP) Berhad, bekas ketua editor kumpulan, Datuk Syed Nadzri Syed Harun, Sipalan dan Ong sebagai defendan.

Bagaimanapun, Tiong kemudian menarik balik tuntutannya terhadap NSTP, Syed Nadzri dan Sipalan.

Semasa perjalanan perbicaraan itu, Tiong memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapat perintah bagi memaksa Sipalan, yang menjadi saksi, supaya mendedahkan sumbernya bagi artikel itu yang diterbitkan di akhbar NST pada 6 September 2009.

(Chua dalam tajuk berita itu merujuk kepada bekas presden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Julai 2013, telah menolak permohonan Tiong dan memutuskan bahawa tidak ada keperluan untuk Sipalan mendedahkan sumbernya demi kepentingan awam.

Pada 29 Ogos 2014, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Tiong selepas memutuskan bahawa permohonannya itu tidak cekap dan tidak boleh dirayu.

Tiong kemudian mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan pada 16 Jun tahun lepas untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, peguam Chan Tse Yuen, yang mewakili Ong, memberitahu pemberita bahawa pihak-pihak berkaitan dalam kes itu akan memaklumkan keputusan itu kepada Mahkamah Tinggi supaya mahkamah itu dapat menetapkan tarikh untuk meneruskan perbicaraan berhubung kes saman sivil itu.

Ong turut diwakili peguam Lee Siew Lin.

Sipalan diwakili peguam Bhag Singh manakala Tiong diwakili Porres Royan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: wartawan , sumber , Tiong King Sing

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan