Zaid Gagal Dalam Cubaan Gugur Pertuduhan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Zaid Ibrahim pada Jumaat gagal dalam bantahan awal untuk menggugurkan pertuduhan yang dihadapinya berhubung membuat kenyataan bersifat jelik dalam ucapannya yang menggesa agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Hakim Mahkamah Sesyen Balqis Aini Mohd Ali membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal yang dikemukakan peguam M. Puravalen yang mewakili Zaid pada 22 Jan lalu. 

"Selepas mendengar hujahan pembelaan dan hujahan pendakwaan, bantahan awal oleh pembelaan ditolak dan mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 20 Jun," kata hakim.

Terdahulu, Wan Shaharudin berhujah bahawa bantahan awal yang dikemukakan Zaid melalui peguamnya, adalah bersifat pramatang kerana tiada elemen yang tidak boleh dibuktikan oleh pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.

Katanya pembelaan sebelum ini membangkitkan isu pertuduhan adalah tidak jelas dan telah disalahgunakan kerana Zaid tidak melakukan apa-apa kesalahan melibatkan jenis penerbitan sebagaimana mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

Bagaimanapun, Wan Shaharudin berhujah pertuduhan itu jelas dan tidak mengelirukan serta ia mematuhi kehendak undang-undang mengikut Seksyen 153 (3) Kanun Prosedur Jenayah.

Wan Shaharudin turut memberitahu pihak pendakwaan akan memanggil lima saksi termasuk daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan membuktikan bahawa Zaid melakukan kesalahan tersebut.

Zaid, 64, yang juga bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet dan secara sedar membuat dan memulakan pernyataan yang bersifat jelik di laman http://www.zaid.my bertajuk, 'Rally Behind Tun Dr Mahathir Mohamad'  dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman di sini pada 3.20 petang 3 Sept tahun lepas.    

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) AKM yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.   

Pada 2 September 2015, Zaid memberi ucapan di Kelab Diraja Selangor, di sini dan kemudian memuat naik ucapan itu dalam blog beliau pada keesokannya.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan