Tujuh Pegawai Polis Didakwa Peroleh Suapan RM17,000

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 2:37 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Tujuh pegawai polis didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pada Jumaat atas tiga pertuduhan cuba dan memperoleh rasuah daripada seorang lelaki membabitkan RM17,000 tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, ASP Muharishanizam Abas, Inspektor Mohd Edzrin Ferdini Mansor dan Koperal Low Guo Tzong yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, serta Sarjan Harun Ahmad, Lans Koperal Mohammad Amirul Akmal Mohamad Khir dan Lans Koperal Muhammad Azman Mohd Azhari dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan didakwa secara rasuah cuba untuk memperoleh  suapan wang RM10,000 daripada Ong Poo Huat.

Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ong yang disyaki memiliki dadah jenis heroin yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kedua, keenam-enam tertuduh itu didakwa secara rasuah memperoleh suapan wang RM4,000 daripada mangsa sama bagi tujuan yang sama.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No 17 dan 19, Lorong Belatuk 6, Taman Belatuk, Nibong Tebal, di sini antara pukul 5.40 hingga 7 malam, 13 Jan tahun lepas.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, keenam-enam tertuduh bersama seorang lagi pegawai polis Koperal Zambri Nordin juga dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seberang Perai Selatan didakwa secara rasuah memperoleh suapan terhadap Ong bagi tujuan sama di tempat yang sama pada pukul 5 petang, 17 Jan tahun lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda,tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nazdri menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Hakim Julie Lack Abdullah membenarkan Muharishanizam dan Mohd Edzrin Ferdini diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin manakala lima lagi tertuduh turut dibenarkan jaminan masing-masing RM5,000 berserta seorang penjamin.
Tags / Kata Kunci: pegawai polis , rasuah , suapan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan