Rasuah: Bekas Pengurus Projek Petronas ICT Dipenjara, Denda Lebih RM70,000

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 7:41 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus projek Petronas ICT Sdn Bhd dipenjara sehari dan denda RM70,846 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah bersetuju menerima suapan berjumlah RM14,169.20 sebagai dorongan untuk membocorkan maklumat mengenai sebut harga tender syarikatnya.

Hakim Sabariah Atan turut memerintahkan tertuduh, Ali Imran Alias, 43, dipenjara enam bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

Tertuduh yang diwakili peguam Shahren Rosli membayar denda itu.

Ali Imran didakwa bersetuju menerima suapan itu melalui sekeping cek HSBC daripada Pengarah Urusan Nera Infocom (M) Sdn Bhd, Ahmad Fauzan Hashim di Hong Leong Bank Seksyen 15 di sini, pada 13 Mac 2014.

Suapan itu adalah sebagai dorongan bagi tertuduh membocorkan maklumat sebut harga bagi melayakkan syarikat Nera Infocom terpilih sebagai kontraktor dalam kerja pemasangan sistem radio UHF Bintulu Crude Terminal di Petronas ICT Tanjung Kidurung, Bintulu, Sarawak.

Ali Imran dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa SPRM Mahamad Sukri Seman yang mengendalikan pendakwaan ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan nilai RM31,880.70.

Beliau berkata pihak pembelaan bagaimanapun mengemukakan representasi kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan tertuduh mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan sahaja.

"Selepas pihak pendakwaan menilai representasi itu, kami bersetuju supaya tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan kedua (bersetuju menerima suapan RMRM14,169.20).

"Sementara dua lagi pertuduhan diambil kira sebagai kesalahan berekod," katanya.-- Bernama



.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan