Kes Rahim Thamby Chik Disebut Semula 19 April

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 April depan bagi sebutan semula kes bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook miliknya.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan peguam yang mewakili Abdul Rahim, Ahmad Al-Hady Abdul Razak.

Abdul Rahim, 65, didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya, Rahim Tamby Chik, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada kira-kira 8 pagi, 25 September lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita setelah selesai prosiding, Ahmad Al-Hady berkata pihaknya menerima surat hari ini daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan mereka menolak permohonan Abdul Rahim supaya pertuduhan hasutan terhadapnya digugurkan.

Abdul Rahim sebelum ini menghantar surat representasi menerusi peguamnya ke Jabatan Peguam Negara pada 17 Dis lepas bagi menggugurkan pertuduhan atas sebab beliau tidak mempunyai niat menghasut.

"Justeru, satu tarikh sebutan baharu ditetapkan pada 19 April," kata Ahmad Al-Hady.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman.-- Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan