Bunuh Pegawai Bank: Mahkamah Kekal Hukuman Mati Lelaki Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 3:30 PM

Hukuman mati terhadap La Ode Ardi Rasila yang didakwa membunuh seorang pegawai bank kekal.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya Norazita Abu Talib, lebih dua tahun lepas.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan La Ode Ardi Rasila terhadap sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan membunuh itu.

Panel hakim turut menolak rayuan warga Indonesia berumur 39 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman mati bagi satu lagi pertuduhan mengikut Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melakukan rompakan dan sengaja melepaskan tembakan dengan senapang patah.

La Ode, yang memakai pakaian penjara warna putih-merah kelihatan tenang semasa mahkamah menyampaikan keputusan itu.

Hakim Raus berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah meneliti pembelaan La Ode dan Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai sebarang alasan untuk membuat keputusan sebaliknya.

"Pihak pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Sabitannya adalah kukuh," kata Hakim Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Hasan Lah dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Peguam Gooi Soon Seng yang mewakili La Ode, sebelum itu berhujah anak guamnya bukan melepaskan tembakan itu secara sengaja tetapi mengacukan senapang itu untuk menarik perhatian Norazita dan rakan setugasnya untuk memberitahu mereka yang dia akan merompak bank itu.

"Dua wanita itu sedang meletakkan wang ke dalam bilik kebal. Dia berada dalam keadaan resah. Dia sangat gelisah. Anak guam saya kata dia hanya acukan senapang itu dan tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Gooi berkata La Ode memang berniat untuk merompak tetapi tidak berniat untuk menyebabkan kematian Norazita.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berhujah mustahil untuk La Ode melepaskan tembakan tanpa niat.

Beliau berkata ini kerana sebelum dia memetik picu, dia perlu meletakkan pin keselamatan dalam kedudukan "tembak".

Pada 14 Ogos, 2014, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati selepas mendapati La Ode bersalah terhadap dua pertuduhan itu.

Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam bangunan AmBank cawangan Subang Jaya di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, antara 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Oktober, 2013.

Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Julai tahun lepas.La Ode mempunyai satu lagi pilihan iaitu merayu kepada Lembaga Pengampunan terhadap hukuman mati dihadapinya.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: La Ode Ardi Rasila , Ambank

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan