Pengarah Syarikat Didakwa Tipu Pengurus Babitkan RM800,000

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 6:28 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang pengarah syarikat didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di Butterworth pada Rabu atas enam pertuduhan menipu pengurus syarikat membabitkan lebih RM800,000.

Wong Ching Fah, 51, pengarah syarikat Merger Insight (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pembinaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, Wong didakwa dengan curangnya telah memperdayakan Tan Ee Seng, 57, dengan menyerahkan invois menerusi e-mel bertarikh 29 Februari 2014 berjumlah RM380,860 bagi mempercayai bahawa invois tersebut adalah untuk pembelian barang di tapak projek perumahan syarikat BM City Realty & Construction Sdn Bhd, dibeli oleh syarikat Merger Insight Builder Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan sama dengan menyerahkan invois menerusi e-mel masing-masing bertarikh 23 September 2014 dan 18 Februari 2014 berjumlah RM320,966.86 dan RM1,195.30 bagi tujuan yang sama.

Wong didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di pejabat syarikat BM City Realty & Construction Sdn Bhd di Jalan Perda Selatan, Mukim 7, Bukit Mertajam di sini pada pukul 5 petang, 5 Mei tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Asmah Azhar menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan bagaimanapun peguam Ee Kee Thee yang mewakili tertuduh memohon jaminan ke atas anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh mempunyai tiga anak yang masih kecil dan memberikan kerjasama kepada polis sepanjang siasatan dilakukan terhadapnya.

Mahkamah membenarkan Wong diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan itu dan menetapkan 28 Mac depan untuk sebutan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berlainan, Wong turut mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan sama menipu Tan menerusi kiriman invois melalui e-mel.

Bagi ketiga-ketiga pertuduhan itu Wong yang memakai kemeja petak berwarna kelabu didakwa menyerahkan tiga invois menerusi e-mel masing-masing bertarikh 16 Januari 2014 berjumlah RM55,000, RM8,940 dan RM56,972.16 pada masa, tempat dan tujuan yang sama.

Pendakwaan yang turut dikendalikan oleh Asmah menawarkan jaminan RM20,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Hakim Norashima Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan kes.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan