Tertuduh Curi Telefon Di Plaza Low Yat Didakwa Lagi

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 4:20 PM

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, (kanan)

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lelaki yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini tahun lepas, pada Rabu sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan seorang mekanik, empat hari lepas.

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, dan rakannya Muhammad Shameer Zaidi, 19, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.

Kedua-dua mereka yang merupakan pekerja kedai dobi didakwa mencederakan Hafizuddin Hamzah, 27, menggunakan parang di hadapan bengkel Mizan Racing Tuned, Jalan Jelatek, di sini pada 3.30 pagi, 20 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, Mohd Rehan belum membenarkan jaminan berikutan penjamin kedua-dua tertuduh tidak hadir pada hari ini.

Pada 14 Julai tahun lepas, Shahrul Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat di Bukit Bintang di sini pada 4.47 petang, 11 Julai 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Shahrul Anuar juga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret pada 12 Feb lalu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah pada 12 Julai 2015.

Tags / Kata Kunci: Plaza Low Yat

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan