Lahad Datu: Enam Mengaku Bersalah Anggotai Kumpulan Pengganas

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 6:17 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Enam tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, Selasa terhadap pertuduhan menganggotai kumpulan pengganas.

Mereka ialah Atik Hussin Abu Bakar, 45, Lin Mad Salleh, 50, Holland Kalbi,50, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, dan Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52, yang kesemuanya warga Filipina.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Bagaimanapun, Hakim Stephen Chung menangguhkan hukuman empat tertuduh - Atik Hussin, Manuel, Ismail dan Patulada - kerana mereka perlu membela diri bagi pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati.

Semasa merayu hukuman dikurangkan, peguam mereka Datuk N. Sivananthan berkata beberapa orang anak guamnya telah ditipu oleh pemimpin penceroboh bersenjata itu supaya pergi ke Kampung Tanduo di Lahad Datu tiga tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: Lahad Datu , pengganas

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan