Mahkamah Tinggi Putuskan KDN Ada Hak Haramkan Baju-T Bersih 4 - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah Tinggi Putuskan KDN Ada Hak Haramkan Baju-T Bersih 4

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2016 12:18 PM

Maria Chin Abdullah (dua, kiri) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memutuskan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak sewajarnya apabila mengeluarkan perintah mengharamkan baju-T Bersih 4 , tahun lepas.

Keputusan itu dibuat selepas penganjur Bersih 4 mencabar pengharaman kerajaan terhadap baju-T kuning Bersih 4 di mahkamah.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa dan telah mengikut prosedur yang relevan apabila mengeluarkan arahan itu.

Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah memberitahu pemberita bahawa pihak penganjur akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan