'Ratu Naga' Mengaku Tidak Bersalah Hina Najib Di FB

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 12:34 PM

Paparan skrin Facebook 'Ratu Naga'.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Seorang konsultan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan berhubung dakwaan menghina Perdana Menteri dengan kata-kata kesat di Facebook berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Syarul Ema Rena Abu Samah, 35, yang menggunakan nama 'Ratu Naga' di Facebook dituduh menghantar komen menghina pada 6 Oktober tahun lalu mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli Parlimen yang bersetuju untuk menandatangani perjanjian TPPA.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu Secara sedar dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hakim Aizatul Akmal Maharani membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula.

Tags / Kata Kunci: Ratu Naga

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan