Menyamar Doktor Di Klinik, Warga Emas Didenda RM3,000

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 4:26 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki warga emas didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis selepas mengaku bersalah menipu dengan menyamar sebagai seorang doktor di sebuah klinik di sini sejak 2014 hingga awal tahun ini.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias memerintahkan P.Jogindhar Sigh, 68, dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu.

Dia didakwa menipu dengan menyamar sebagai 'Doktor Ashok' yang menyebabkan pesakit terpedaya dan percaya dia seorang doktor di Klinik Theesan, Taman Universiti, Skudai di sini antara 2014 hingga 18 Jan lepas.

Jogindhar Sigh, yang berasal dari Masai di sini, dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan menanggung isteri dan dua anak serta menghidapi penyakit jantung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: Doktor , Mahkamah

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan