Inspektor Polis Dipenjara Terima Rasuah Lindungi Pembalakan Haram

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang pegawai polis dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen Khas (Rasuah) di sini pada Khamis setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan menerima rasuah untuk melindungi pembalakan haram pada 2014.

Insp Mohamad Nazri Daheri, 36, dari Jabatan Siasatan Jenayah Kapit, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM15,000 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan pertama serta penjara 14 bulan dan denda RM25,000 atau penjara lima bulan penjara bagi pertuduhan kedua.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dijatuhi hukuman penjara 20 bulan dan denda RM40,000 atau penjara lapan bulan.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong mengarahkan supaya hukuman penjara dijalankan berturut-turut namun peguam Louis Jarau, yang mewakili Mohamad Nazri, memohon agar hukuman tersebut ditangguhkan kerana pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu tidak lama lagi.

Nixon membenarkan penangguhan hukuman penjara itu tetapi memerintahkan supaya denda berjumlah RM80,000 dibayar pada hari ini.

Mohamad Nazri yang ditahan pada 20 Okt 2014 di Sibu, dihadapkan ke mahkamah tersebut pada 8 Ogos tahun lalu atas tiga pertuduhan menerima rasuah tersebut sebagai dorongan untuk melindungi kegiatan pembalakan haram di Sungai Sut di Kapit.

Dia didakwa menerima suapan berjumlah RM3,000 daripada lelaki bernama Stephen Kon di Restoran Tekam Caf, Kapit pada kira-kira 3.40 petang, 24 Ogos 2014 dan menerima suapan RM5,000 daripada lelaki sama di Maybank Kapit pada 11.58 pagi, 11 Sept 2014.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohamad Nazri didakwa menerima suapan RM8,000 daripada Stephen Kon di Restoran River Front Caf, Hotel Kingwood di Sibu pada kira-kira 10.25 pagi, 20 Okt 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM Katherine Nais.

Tags / Kata Kunci: Sabah , SPRM , Polis Rasuah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan