Peguam Negara Tarik Balik Tuduhan Menghasut Terhadap Azmi Sharom - Berita Mahkamah | mStar

Peguam Negara Tarik Balik Tuduhan Menghasut Terhadap Azmi Sharom

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 9:26 AM

Dr Azmi Sharom.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tuduhan hasutan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom ditarik balik oleh peguam negara.

Perkara itu dimaklumkan kepada media dalam satu kenyataan pada Jumaat dari pejabat Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Dr Azmi, 46, mengaku tidak bersalah pada 2 September 2014 atas dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan dalam satu artikel bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told”.

Artikel tersebut disiarkan pada 14 Ogos tahun yang sama.

Dr Azmi yang merupakan seorang kolumnis The Star didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda maksimum RM5,000 atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada 6 Oktober lalu, panel lima anggota Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Akta Hasutan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan selepas Hari Merdeka.

Namun pihak pendakwaan pada 14 Januari menutup kes tersebut dengan keterangan saksi terakhir, pengawai penyiasat Inspektor Mohd Izwan Paijan.
Tags / Kata Kunci: Dr Azmi Sharom , peguam negara , Akta Hasutan
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan