Pecah Kedai Jam: Pekerja Hotel Dilepas Dengan Bon Berkelakuan Baik

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 5:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja hotel dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan jaminan sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pecah kedai jam di Pasaraya Besar Midvalley.

Majistret Saifulakmal Said turut mengenakan dua syarat tambahan kepada Khairul Amin Mohd Sufian, 20, iaitu perlu berada di dalam rumah keluarganya dari pukul 10 malam hingga 6 pagi setiap hari, dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dua bulan sekali sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

"Selepas ini sekiranya kamu ingin bekerja teruskanlah dan sekiranya kamu ingin melanjutkan pelajaran itu lebih baik. Sekarang ini banyak dilaporkan kes pecah rumah dan kedai, jangan guna alasan usia kamu masih muda, kamu boleh terus lakukan kesalahan," kata Saifulakmal dalam penghakimannya pada Rabu.

Beliau berkata sekiranya tertuduh melanggar syarat seperti yang telah ditetapkan dalam tempoh dua tahun, tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut pertuduhan asal.

Khairul Amin, anak sulung daripada empat beradik, dituduh memecah kedai jam G-Factory di tingkat tiga bahagian utara Pasaraya Besar Midvalley, Brickfields, pada 8 Feb 2016, pada pukul 7 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan denda.

Selain itu tertuduh juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu memiliki peralatan untuk membuka kunci seperti sebatang enkey, sebatang spanar lapan inci, sebatang pemutar skru dan dua bilah pisau pemotong kertas.

Bagi pertuduhan kedua dia didakwa mengikut Seksyen28(i)(ii) Akta Kesalahan Kecil 1955, boleh didenda tidak lebih RM250 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM150 dan sekiranya gagal, penjara seminggu.

Mengikut fakta kes, tertuduh melarikan diri selepas cuba memecah masuk kedai jam G-Factory di tingkat tiga bahagian utara Pasaraya Besar Midvalley, bagaimanapun dia kemudiannya berjaya ditangkap di laluan motosikal selepas terjun dari tembok peti surat ke laluan timur pasar raya itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon hukuman yang setimpal dan berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan itu di masa hadapan.

Peguam Zulkifli Awang memohon kepada mahkamah agar hukuman asal ditukarkan kepada perintah bon berkelakuan baik memandangkan tertuduh merupakan pesalah muda.

"Hukuman bertujuan mengembalikan tertuduh ke jalan yang baik, hukuman yang terlalu lama akan mendedahkan tertuduh kepada gejala negatif," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pecah kedai jam , pekerja hotel

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan