Penyokong Palanivel Fail Saman Dedah Penipuan Subra

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 5:08 PM

Dr S. Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Strategik MIC, A.K. Ramalingam memfailkan saman terhadap presiden parti, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berhubung dakwaan konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri G. Palanivel.

Ramalingam dan tujuh yang lain berusaha untuk menyingkirkan Subramaniam sebagai presiden parti.

Tujuh plaintif tersebut adalah V. Ganesh, Datuk Henry Benedict Asirvatham, M. Sathiyamurthi, George Alexander Fernandez, R.M. Prabu, R. Sithambaram Pillay dan Datuk M.V. Rajoo.

Saman tersebut difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi kira-kira pukul 11.20 pagi Jumaat.

Ramalingam berkata mereka akan menyerahkan sendiri satu salinan dokumen saman itu kepada defendan termasuk Subramaniam minggu depan tetapi enggan berkongsi salinan dokumen tersebut.

Defendan lain termasuk Datuk S. Vigneswaran, Datuk Jaspal Singh Gurbakhes Singh, Datuk T. Mohan, A. Sakthivel, A. Vasanthi, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) Mohammad Razin Abdullah dan Akmal Yahya.

Bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R.Ramanan mendakwa saman tersebut difailkan kerana mereka mahu mendedahkan penipuan yang dilakukan Subramaniam dan bagaimana beliau mengelirukan dan memberi sogokan kepada RoS.

Bercakap pada sidang media di sini Jumaat, Ramanan mendakwa bahawa Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan mengelirukan perdana menteri dan Barisan Nasional (BN) supaya mempercayai bahawa beliau mendapat sokongan daripada kaum India.



Tags / Kata Kunci: RoS , saman , A.K. Ramalingam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan