Ibu Mengaku Tidak Bersalah Dera Anak Berusia 5 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 2:17 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang ibu berusia 41 tahun yang mendera anak perempuannya berusia lima tahun secara fizikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat.

R. Malathi didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Besar, Kampung Manis, Perai dekat sini pada pukul 3.30 petang 2 Februari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, wanita itu, yang merupakan seorang penagih dadah, mendakwa dia telah memukul anak perempuannya itu yang enggan untuk belajar.

"Kanak-kanak itu mengalami lebam di bahagian belakang, mata kiri dan dua giginya patah. Kami percaya dia mendera anak perempuannya selepas mengambil dadah," katanya.

Rusli berkata wanita itu telah didapati positif dadah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Norashima Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mac untuk sebutan kes.
Tags / Kata Kunci: penagih dadah , R. Malathi , kes dera

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan