26 Februari Sebutan Semula Kes Pengamal Perubatan Tradisional Cabul Pesakit

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pengamal perubatan tradisional yang menghadapi pertuduhan mencabul kehormatan seorang pesakit awal bulan lalu.

Majistret Siti Hanum Mohmad Sah menetapkan tarikh tersebut bagi serahan dokumen berikutan tertuduh Roslan Omar, 44, telah diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Pengamal perubatan itu menghadapi pertuduhan mencabul seorang wanita berumur 31 tahun semasa proses rawatan di sebuah rumah di Jalan Pasar, Bagan Datoh dekat sini antara pukul 3 pagi hingga 6 pagi, 2 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes cabul , pengamal tradisional

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan