Harakah, Harakahdaily Diperintah Jawab Bantahan Najib

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harakah dan Harakahdaily diperintah memberi jawapan terhadap bantahan yang dikemukakan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 20 artikel lain yang ingin digunakan oleh defendan dalam saman difailkan perdana menteri berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib, berkata Harakah dan Harakahdaily selaku defendan perlu mengemukakan jawapan berkenaan pada 23 Februari.

"Dua puluh artikel yang dikemukakan oleh kedua-dua defendan adalah tidak relevan untuk digunakan dalam perbicaraan kes saman ini," katanya sambil menambah kesemua artikel itu berkaitan isu 1MDB yang diterbitkan di laman portal dan blog.

Mohd Hafarizam memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas bertemu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng di dalam kamarnya, Rabu dengan dihadiri peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Harakah dan Harakahdaily.

Najib, pada 7 Disember tahun lepas, mengemukakan bantahan itu atas alasan 20 artikel berkenaan tidak relevan dalam kes saman tersebut.Najib memfailkan saman itu pada 18 Mac 2015 dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya, sebagai defendan.

Saman itu membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari tahun lepas berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau menyalah guna dana 1MDB.

Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.

Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan semula artikel berkenaan.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan