Didenda RM4,000 Abai Penjagaan Anjing Rottweiler

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 2:14 PM

Anna Teoh Poi Ling mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Taiping, Rabu, kerana mengabaikan penjagaan seekor anjing Rottweiler betina miliknya . -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang penganggur wanita berusia 42 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana mengabaikan penjagaan seekor anjing Rottweiler betina yang dimilikinya.

Anna Teoh Poi Ling, yang belum berkahwin, mengaku melakukan kesalahan itu pada 6 Mac tahun lalu di rumahnya di Kampung Boyan di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (d) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.

Majistret Mohd Rohaizad Abdullah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap Teoh atau enam bulan penjara.

Pegawai Pendakwa Mohd Nizam Abdullah berkata, anjing itu akan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan akan dipelihara.

"Anjing itu tidak diberi makanan atau minuman dan telah diabaikan oleh pemiliknya.

"Selepas kematian ibu, pemiliknya telah menjaganya tetapi tidak mampu meneruskannya kerana saiz anjing itu terlalu besar," katanya.

Kes itu adalah yang pertama di Perak selepas akta dipinda pada 3 Mac 2015.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan