MyKad Palsu: 30 Pati Dipenjara

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 28 warga Filipina berbangsa Sulu dan dua warga Indonesia dihukum penjara antara tiga hingga lima bulan oleh tiga Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu.

Kesemua mereka terdiri daripada 27 lelaki dan tiga wanita, berumur antara 18 hingga 55 tahun, diarah menjalani hukuman berkenaan bermula daripada tarikh mereka ditangkap iaitu pada 21 Januari lalu. 

Tertuduh mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu pada pukul 1.10 pagi, 21 Januari lalu di sekitar Kampung Balok dan Sungai Karang di sini selepas ditangkap dalam operasi bersepadu antara Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Pendakwaan dilakukan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Di Mahkamah Majistret satu, Majistret Rini Triany Mohamad Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas 14 tertuduh manakala tiga lagi tertuduh dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah di Mahkamah Majistret Khas Trafik di sini.

Di Mahkamah Majistret dua, Majistret Noor Aisah Mohamed menasihatkan 13 tertuduh untuk tidak mengulangi kesilapan itu pada masa depan walaupun tujuan mereka ke Malaysia untuk mencari rezeki.

"Datang ke Malaysia tidak boleh secara haram, mesti datang dengan sah.

Selepas dihantar balik, jika kamu mahu datang ke sini semula, pastikan mengikut undang-undang. Jika tidak ia menjadi sia-sia sahaja," katanya. 

Kesemua tertuduh rakyat Filipina berasal daripada Zamboanga manakala dua lagi tertuduh daripada Kalimantan, Indonesia juga diarahkan diusir selepas tamat tempoh penjara. 

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa daripada JPN Putrajaya Mohd Fazdlhy Abdul Razak, Mohd Ashgar Mohd Hussain dan Mokhzan Ariff manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. -- Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan