Vape: KP Kesihatan Antara Tiga Diarahkan Fail Pernyataan Pembelaan

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 2:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan tiga yang lain memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas).

Ia berhubung rampasan rokok elektronik atau vape milik anggota pertubuhan itu di Johor.

Peguam Zulhasmi Zakaria, mewakili Ikhlas selaku plaintif, berkata Timbalan Pendaftar Siti Nur Shafrida Hashim memerintahkan pernyataan pembelaan itu difailkan dalam masa dua minggu bermula hari ini dan menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes.

Zulhasmi berkata pengurusan kes itu akan disebut di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan pusat sama ada mahu mengharamkan vape atau tidak, ini kerana perjalanan kes itu bergantung kepada keputusan itu.

Pada 28 Dis tahun lepas, Ikhlas memfailkan saman itu dengan menamakan Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Ketua Polis Negara sebagai defendan.

Saman itu difailkan susulan operasi bersepadu pihak berkuasa berkenaan pada 15 Dis 2015, yang menyerbu dan merampas vape milik beberapa anggota IKHLAS di premis perniagaan di Johor yang di bawah pentadbiran MBJB, hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM400,000.

Dalam pernyataan tuntutan itu, IKHLAS memohon deklarasi mahkamah bahawa tindakan kesemua defendan menyerbu dan merampas rokok elektronik terdiri daripada peranti, mod dan cecair perisa milik anggota pertubuhannya, adalah tidak sah, salah dan batal.

Mereka juga memohon deklarasi mahkamah supaya pengharaman vape melalui penguatkuasaan peringkat negeri terutama melalui pihak berkuasa tempatan, MBJB adalah ultra vires dan bertentangan dengan undang-undang.

Selain itu, plaintif juga memohon deklarasi mahkamah supaya defendan-defendan dilarang menyerbu, merampas dan mengkompaun anggota pertubuhan itu berkaitan perniagaan atau kelengkapan vape, serta diarahkan memulangkan barang yang dirampas dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah dibuat.

Ikhlas mendakwa sehingga kini, tiada apa-apa pendakwaan dilakukan ke atas anggotanya, yang didakwa kononnya melanggari Akta Racun 1952 atas dakwaan cecair perisa vape mengandungi racun terkawal nikotin atau mengandungi dadah terlarang, yang dinafikan pertubuhan itu.

Pertubuhan itu mendakwa tindakan MBJB, yang enggan mengeluarkan lesen perniagaan kepada peniaga vape, adalah tindakan mala fide, melampaui batas kuasa undang-undang serta bertentangan dengan hak-hak warganegara yang dijaga oleh Perlembagaan Persekutuan.

Mereka menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk sebanyak RM1 juta, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Tags / Kata Kunci: Vape , Mahkamah Tinggi , Johor

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan