Suri Rumah Mengaku Salah Potong Kemaluan Suami

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Seorang wanita tempatan pada Khamis mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memotong kemaluan suaminya, 20 Januari lepas.

Fatimah Abdullah, 51, mengaku bersalah di hadapan Hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas suaminya seorang peniaga warga Pakistan, Umar Rahman, 44, menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian di kediaman pasangan itu di Jalan Beringin 3 Batu Kikir, Jempol pada pukul 1.20 pagi, 20 Januari lepas.

Sazlina menetapkan 22 Februari ini untuk menyampaikan hukuman sementara menunggu laporan perubatan suami tertuduh.

Di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Sazlina boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin, manakala Fatimah tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan seorang penjamin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: potong kemaluan , Fatimah Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan