Sokong Pengganas: Pembantu Taska Agama Dipenjara

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 10:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu taska agama dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Paduka Azman Abdullah memerintahkan tertuduh Amir Azlan Zainudin, 50, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Oktober 2014.

Azman berkata selain mengambil kira faktor umur, pengakuan dan keinsafan tertuduh, mahkamah turut mempertimbangkan faktor kepentingan awam yang mengutuk aktiviti keganasan.

"Ini (keganasan) adalah satu fenomena yang meletakkan negara (Malaysia) dan seluruh dunia dalam keadaan berjaga-jaga, rakyat juga menjadi resah.

"Tertuduh mempunyai tanggungjawab terhadap anak dan sepatutnya menumpukan kepada tanggungjawab untuk membesarkan anak dan tidak sepatutnya ke luar negara," katanya.

Hakim menasihatkan Amir Azlan supaya menganggap tangkapan terhadapnya sebagai hikmah dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Amir Azlan didakwa cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS dengan cara membeli tiket penerbangan pesawat Emirates dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki, untuk memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan pengganas itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Hakim Sdn Bhd, Jalan Zikron E7/E, Seksyen 7, Shah Alam pada 10.50 malam, 13 Oktober 2014, mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15  tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Mengikut fakta kes, bapa kepada empat orang anak itu telah mengenali individu bernama Along atau Azim yang telah memperkenalkan kumpulan pengganas IS kepada tertuduh dan ahli keluarganya serta video IS mengenai khutbah yang disampaikan oleh Abu Bakar Al-Bagdadi itu telah ditonton oleh tertuduh dan keluarganya di rumah tertuduh.

Pada Ogos 2014, tertuduh bersama ahli keluarga yang lain mula mencari video-video lain mengenai IS di laman sesawang YouTube dan telah ditonton bersama-sama isteri tertuduh.

Pasangan itu berbincang untuk meninggalkan Malaysia dan ingin menetap di sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem kekhalifahan iaitu sistem yang berlandaskan syariat Islam.

Pada 26 September 2014, tertuduh telah membeli tiket penerbangan secara dalam talian untuk perjalanan pada 15 Oktober 2014 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Dubai dan 16 Okt 2014 pukul 11.20 pagi dari Dubai ke Istanbul serta tiket perjalanan pulang pada 31 Oktober 2014.

Amir Azlan kemudiannya ditangkap bersama-sama beberapa individu semasa mengadakan perjumpaan di Restoran Hakim Sdn Bhd.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan memohon mahkamah agar memberikan hukuman yang setimpal agar ia dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Peguam K F Wong yang mewakili Amir Azlan berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia telah insaf dengan perbuatannya itu kerana telah memberi kesan terhadap keluarga.

"Tertuduh telah berada dalam tahanan sejak setahun yang lepas, tertuduh juga telah menjalani sesi kaunseling sepanjang dia ditahan dan berasa insaf dengan perbuatannya, sepanjang penahanannya anak sulung kepada tertuduh telah  mengambil alih tanggungjawab keluarga," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan