Mekanik Dipenjara Lima Hari, Denda RM5,000 Tunggang Motosikal Ala 'Superman'

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara melakukan aksi 'Superman', seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Trafik selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dua hari lepas.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan (she) turut memerintahkan Muhammad Danial Jamaludin, 21, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Januari dan dipenjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Danial yang menggunakan motosikal jenis Kawasaki KR150 didakwa menunggang secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala 'Superman' dengan meletakkan dada pada tempat duduk serta mengangkat kaki lurus ke belakang di Jalan Raja Laut di sini, antara pukul 9.20 malam dan 9.25 malam, pada 24 Januari lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh. 

Bagaimanapun, Muhammad Danial yang tidak diwakili peguam, memohon dijatuhkan hukuman ringan atas alasan perlu menanggung keluarga. -- Bernama 



Tags / Kata Kunci: mekanik , Superman , Mahkamah Trafik

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan