Pembantu Penguat Kuasa JPJ Melaka Didakwa Terima Suapan RM900

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperoleh suapan RM900 daripada orang tengah sebuah sekolah memandu, pada tahun lepas.

Asbudi Ali, 43, yang bertugas di Unit Pengujian JPJ Melaka didakwa menerima suapan itu daripada Nur Farhana Abd Malek, orang tengah Institut Memandu Zapcity Sdn Bhd, sebagai dorongan memastikan empat pelajar sekolah berkenaan lulus ujian memandu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Merlimau, JB 1, Jalan Debunga, 77300 Merlimau, Jasin dekat sini pada pukul 12.35 tengah hari, 4 Mac tahun lepas.

Asbudi didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Amran Jantan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes serta tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Fauzi Shadollah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: JPJ Melaka , Mahkamah Sesyen , Jalan Debunga

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan