Polis Terima Rasuah RM200 Didenda RM5,000 - Berita Mahkamah | mStar

Polis Terima Rasuah RM200 Didenda RM5,000

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat konstabel hari ini didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM200, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini Habibah Mohamed Yusof juga memerintahkan Mohd Izaimie Ismail, 31, menjalani hukuman penjara selama tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Mohd Izaimie mengaku bersalah menerima wang tunai itu daripada pemandu lori Rustam Wahib pada pukul 2.25 petang, 11 Jun 2014 di gerai makan Warong Zakiah, Jaya Gading di sini. 

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Fakta kes menyatakan tertuduh melakukan kesalahan itu semasa bertugas di unit kereta peronda, dan tertuduh bersama rakan sekerjanya Lans Koperal Rosli Mat Kaha, 47, telah menahan lori dipandu Rustam.

Rosli dikatakan telah meminta Rustam untuk membayar RM200 sebagai balasan untuk tidak dikenakan tindakan atas kesalahan membawa muatan barang-barang yang tidak ditutup dengan kanvas, yang merupakan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rosli yang kini turut dibicarakan atas tuduhan rasuah didakwa telah mengambil kad pengenalan dan lesen memandu Rustam dan hanya akan dipulangkan selepas wang berkenaan dibayar. 

Mohd Izaimie ditangkap semasa diarahkan Rosli untuk datang berjumpa Rustam di kedai makan berkenaan bagi mengambil wang itu dan memulangkan semula dokumen milik Rustam. 

Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili tertuduh merayu supaya mahkamah memberikan denda yang ringan kerana anak guamnya mengaku bersalah sebaik sahaja ditawarkan pertuduhan pilihan. 

"Tertuduh telah berusaha mengumpulkan wang sebanyak RM5,000 dengan gaji sebanyak RM1,900 yang digunakan untuk menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan empat anak berusia antara tujuh tahun dan tujuh bulan. 

"Tertuduh memohon maaf kepada semua dan sebagai manusia, tertuduh tergelincir dan melakukan kesalahan ini. Namun beliau memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menjadi saksi dalam kes Rosli," katanya. 

Ridha Abdah juga mengemukakan surat rujukan yang dikeluarkan ketua jabatan Mohd Izaimie yang menyatakan tertuduh seorang anggota polis yang komited, mempamerkan mutu kerja yang baik dan menghormati anggota atasan. 

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syafinas Shabudin pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat, meskipun mengakui peranan tertuduh dalam kes itu tidak aktif. 

Tertuduh yang hadir ke mahkamah bersama keluarganya membayar denda itu.-- Bernama




   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan