Kes Saman Anwar Terhadap Khairy Diteruskan Dengan Perbicaraan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 12:56 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah yang dikemukakan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan diteruskan dengan perbicaraan selepas ia gagal mencapai persetujuan melalui proses mediasi.

Perkara itu dimaklumkan peguam J. Leela yang mewakili Anwar kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi S.Nantha Balan pada Jumaat dengan dihadiri peguam Sarah Abishegam, mewakili Khairy.

Leela berkata kes saman itu akan diteruskan dengan perbicaraan bermula 7 Mac selepas cadangan beliau supaya kes saman diselesaikan secara mediasi tidak mendapat persetujuan daripada Khairy.

Katanya mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan selanjutnya iaitu 8 dan 10 Mac dan tidak akan membenarkan sebarang penangguhan pada masa hadapan.

Mahkamah juga menetapkan 19 Februari ini untuk pengurusan kes.

Sementara itu, Leela berkata permohonan Khairy untuk memasukkan sabitan kes liwat kedua Anwar dalam pernyataan pembelaannya akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 11 Februari ini selepas permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Julai tahun lepas.

Khairy memohon untuk meminda pernyataan pembelaannya bagi memasukkan sabitan kes liwat Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun lepas.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, telah memfitnahnya dalam satu ucapan di Lembah Pantai pada 20 Feb 2008.

Anwar mendakwa bahawa klip video ucapan defendan bertajuk "Anwar and kin no threat" juga disebarkan dalam laman sesawang termasuk Malaysiakini.com.

Khairy dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Okt 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Pada 6 April tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairybagi memasukkan dapatan khusus penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama Anwar pada 2 Sept 2004, selepas Mahkamah Tinggi pada 9 Okt 2013, menolak permohonan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya dalam kes saman itu.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan