Bekas Ketua JSJ Kuala Lumpur Didakwa Gagal Isytihar Komisen

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah didakwa di Mahkamah Sesyen  Kuala Lumpur mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 pada Jumaat.

Ku  didakwa melanggar syarat-syarat notis pendakwa di bawah Seksyen 49 (1) Akta tersebut apabila gagal mengisytiharkan keuntungan daripada komisen berjumlah RM961,500 dalam satu kenyataan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.

Dakwaan kesalahan itu dilakukan antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014 di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang beribu pejabat di Putrajaya.

Jika didapati bersalah, Ku boleh dihukum penjara setahun atau diberi amaran bersama denda tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya sekali.

Ku yang hadir ke mahkamah memakai kameja putih dan berseluar rasmi hitam tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca kepadanya dalam Bahasa Malaysia ketika Sesi Khas Mahkamah bagi Rasuah pada Jumaat.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Februari ini untuk sebutan semula kes itu.

Tags / Kata Kunci: Datuk Ku Chin Wah

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan