Prebet Dipenjara 9 Bulan, Miliki Bahan Terbitan Berkaitan Daesh

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah memiliki 11 bahan penerbitan yang mempunyai kaitan dengan perlakuan dan perbuatan kumpulan pengganas Daesh.

Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan Prebet Mohammad Rosdan Mohammad Khir, 25, dari Mahang, Kulim, Kedah, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 19 Ogos 2015.

Mohammad Rosdan, anggota tentera Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam, Kedah, didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Gerik, pada 10.20 pagi, 19 Ogos tahun lepas mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda.

Berdasarkan fakta kes, Mohammad Rosdan ditangkap polis dari Balai Polis Gerik, Perak kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan dan siasatan yang dijalankan menemui beberapa bahan penerbitan terdiri daripada 11 buku yang mempunyai kaitan dengan perlakuan pengganas dalam telefon bimbit tertuduh. 

Dalam penghakimannya, Azman berkata jika minat tertuduh terhadap aktiviti keganasan itu tidak dibendung, ia akan mendatangkan kemudaratan yang besar jika dipengaruhi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kamu seorang anggota tentera, kita takut ada orang lain yang minat kepada aktiviti keganasan ini mengambil kesempatan terhadap kamu kerana kamu mempunyai akses kepada senjata api," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memohon hukuman setimpal kerana tertuduh adalah seorang anggota tentera yang sepatutnya bertanggungjawab untuk pertahanan negara.

Peguam Mohd Khairul Anwar Ismail, yang mewakili Mohammad Rosdan memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga di Kedah kerana ibunya tidak bekerja manakala ayahnya mengalami strok dan lumpuh.

"Tertuduh sangat naif memandangkan barang yang dimilikinya itu diperoleh daripada media sosial dan online," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan