Kekasih Militan IS Bebas 2 Minggu Lagi

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang bekas pembantu pegawai kredit wanita akan dibebaskan dari penjara dua minggu lagi selepas selesai menjalani hukuman penjara dua tahun kerana cuba membantu kumpulan militan Daesh, Negara Islam Iraq dan Syria, dengan mengahwini seorang anggotanya.

Rayuan pihak pendakwa, untuk menambah hukuman penjara Ummi Kalsom Bahak ke sembilan tahun, ditolak sebulat suara oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

Hakim Raus berpendapat fakta kes tidak menunjukkan Ummi Kalsom terlibat secara langsung dengan kumpulan militan itu.

Beliau berkata niatnya ialah mengahwini seorang lelaki yang beliau cinta, jadi tidak ada sebab bagi mahkamah mengganggu perintah Mahkamah Tinggi itu yang turut disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Ummi Kalsom, 26, dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi tahun lepas selepas beliau mengaku bersalah cuba membantu militan Daesh dengan cuba memasuki Syria dengan menaiki penerbangan AirAsia ke Brunei dan ke Istanbul, Turki untuk mengahwini seorang anggota Daesh Aqif Huessin Rahizat, 25.

Beliau melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Dewan Berlepas Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (klia2), pada 5.20 pagi 5 Oktober, 2014.

Ummi Kalsom diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 5 Oktober 2014.

Beliau sedang ditahan di penjara Kajang.

Pihak pendakwa merayu ke Mahkamah Persekutuan selepas gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan pada 30 Julai, tahun lepas untuk hukuman lebih berat ke atas Ummi Kalsom.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendawa Raya, Awang Amardajaya Awang Mahmud meminta mahkamah menambah hukuman penjara ke tujuh tahun dan Ummi Kalsom diberikan kaunseling pemulihan.

Awang Amardajaya berkata penjara dua tahun tidak memadai untuk beliau menjalani kaunseling bagi membantunya menjalani penghidupan baharu.

Peguamnya Datuk Hanif Hassan bagaimanapun berkata, Mahkamah Tinggi bertindak betul dengan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas anak guamnya.

Beliau berkata Ummi Kalsom dijadualkan keluar dari penjara pada 5 Februari tahun ini dan beliau siap sedia untuk pulang ke pangkuan masyarakat sebagai insan baharu.

Hanif berkata di penjara beliau terdedah kepada belajar Al-Quran dan Hadith.

"Beliau berhasrat membantu pihak berkuasa memberi penerangan kepada orang awam mengenai bahaya gerakan keganasan dengan menyampaikan ceramah motivasi," kata Hanif.

Ummi Kalsom adalah wanita pertama negara ini yang bergabung dengan seorang anggota kumpulan Daesh.

Kesnya adalah yang pertama membabitkan seorang wanita yang dituduh membantu kumpulan militan berkenaan yang dibawa hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Tags / Kata Kunci: Ummi Kalsom Bahak , Militan IS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan