Bauksit: Empat Termasuk Datuk Direman Empat Hari

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  memperoleh perintah reman selama empat hari untuk menahan reman empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.

Majistret Eric Lau mengeluarkan perintah reman itu terhadap empat individu termasuk seorang wanita yang dikatakan seorang pekerja di sebuah syarikat perlombongan, bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Tiga individu lain adalah seorang ahli perniagaan yang juga merupakan bekas pegawai kanan di Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang, seorang peguam dan seorang pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang.

Mereka berusia antara 34 tahun sehingga 42 tahun ditahan semalam di ibu negara dan di Kuantan, Pahang.

Menurut peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili ahli perniagaan dan peguam itu, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM berhubung dakwaan menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu.

Turut mewakili ahli perniagaan dan peguam itu ialah peguam Muhammad Hisham Abdul Rahim manakala yang lain tidak diwakili peguam.

Mereka yang berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan digari dibawa ke mahkamah lebih kurang pada pukul 9.30 pagi.-- Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan