Timbalan Pendakwa Raya Mengaku Tidak Bersalah Minta, Terima Suapan

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seorang Timbalan Pendakwa Raya dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah masing-masing membabitkan jumlah RM50,000 dan RM40,000, daripada dua individu, Mei lepas.

Kamalia Yahdi, 33, yang bertugas di Jabatan Peguam Negara Tawau pada ketika itu bersama rakannya Chang Voon Kiat, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dean Wayne Daly semasa pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, Kamalia didakwa meminta suapan bernilai RM50,000 daripada Shang Yee Chew dan Chang Fui Hsia bertempat di Cafe@7 Hotel Promenade di sini, pada kira-kira 5 petang, 15 Mei lepas.

Ia sebagai dorongan membantu menarik balik dua kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Majistret Tawau.

Bagi pertuduhan itu, kamalia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seskyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 memgikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu Chang yang bertindak sebagai 'orang tengah' kepada Kamalia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) SPRM kerana meminta wang suapan bernilai RM40,000 daripada Shang di Kuhara Court Apartment di sini, pada 20 Mei lepas kira-kira 2.10 petang.

Bagi pertuduhan kedua, Kamalia dan Chang didakwa masing-masing didakwa melakukan kesalahan menerima suapan bernilai RM40,000 bertempat di Cafe@7 Hotel Promenade, antara kira-kira pukul 9 malam dan 10 malam, pada 20 Mei lepas.

Hakim menetapkan 19 Feb untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh dibenarkan ikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Awang Samsul Baharam Bungso.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: timbalan pendakwa raya , rasuah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan