Tanam Mayat Bayi: Dua Beradik Dipenjara, Didenda

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Dua beradik dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan menanam mayatnya di Taman Semarak, Nilai.

Muhammad Faez Mohd Fuzi, 24, dan Mohamad Fazrul Mohd Fuzi, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar denda sebanyak RM5,000 seorang atau dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar.

Kedua-dua tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan mereka, iaitu pada 12 Januari lepas.

Seorang lagi tertuduh yang merupakan ibu bayi berkenaan, Nurul Atikha Abu Zarin, 25, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Majistret Siti Khairiah membenarkan Nurul Atikha diikat jamin RM3,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan jalan mengebumikannya dengan sulit sama ada bayi itu mati sebelum atau selepas atau dalam masa ia dilahirkan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 6 petang pada 9 Januari lepas di Flat Taman Semarak, Nilai.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Muhammad Faez yang bekerja sebagai jurujual merupakan teman lelaki Nurul Atikhah yang bekerja di sebuah kilang di Nilai manakala Mohamad Fazrul merupakan penganggur.

Dua beradik itu diwakili peguam Iwana Sakinah Mohd Lajis manakala Nurul Atikhah diwakili peguam Maanor Yusoff.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khatijah Mohd Pisol.

Tags / Kata Kunci: mayat bayi , tanam bayi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan