Syarikat Pengendali Restoran Didenda RM9,000 Kerana Tak Kutip GST - Berita Mahkamah | mStar

Syarikat Pengendali Restoran Didenda RM9,000 Kerana Tak Kutip GST

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 12:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengendali restoran char kuey teow di ibu kota didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana tidak mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada pelanggan tahun lepas.

Hakim Shamsudin Abdullah juga memerintahkan Mali's Corner Sdn Bhd membayar 95 sen GST kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana tidak mengutip cukai itu dalam satu resit.

Syarikat itu membayar denda tersebut. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat itu yang diwakili pengarahnya, Jamali Saat mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu sebagai syarikat berdaftar di bawah GST didakwa tidak mengeluarkan invois cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 ketika membuat pembekalan cukai pada 7 Oktober 2015, 12.54 tengah hari, di Mali's Corner Sdn Bhd, No 9-1, Block C, Jalan Langkawi, Platinum Walk, Danau Kota, Setapak di sini.

Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 33(2)(a) akta itu yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam Zambri Mohd Isa yang mewakili syarikat itu memohon hukuman ringan kerana ini kesalahan pertama syarikat itu manakala Pegawai Pendakwa Kastam, Norhalelly Haimid memohon hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada orang ramai.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: GST , Mali's Corner Sdn Bhd , char kuey teow
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan