Wanita Indonesia Dakwa Ada Bom, Diberi Amaran Keras - Polis

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 7:37 PM

Abdul Rahim Hanafi

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk membebaskan dan tidak mendakwa seorang wanita Indonesia yang mendakwa terdapat bom dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, wanita yang ingin menaiki penerbangan Lion Air ke Kuala Lumpur pada pukul 9.45 pagi itu sebaliknya hanya diberi amaran keras atas perbuatanya itu.

"Wanita itu dibebaskan kerana tiada keterangan yang kukuh...cuma diberi amaran keras dan kes dikategorikan sebagai NFA ('No further action'- tiada tindakan lanjut) atas arahan timbalan pendakwa raya," katanya di sini,  Rabu.

Dalam kejadian pada 9.20 pagi semalam, wanita berkenaan ditahan anggota polis bantuan sebelum diserah kepada polis selepas mengatakan terdapat bom dalam bagasinya semasa melalui kaunter pemeriksaan Terminal Pelepasan Domestik LTAPP.

Imbasan awal ke atas bagasi yang dibawa tidak menunjukkan kehadiran objek bom dan wanita berusia 32 tahun itu kemudian mengakui beliau hanya bergurau.

Sementara itu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini menasihatkan masyarakat agar tidak mengeluarkan ugutan atau ancaman berkaitan bom.

"Jangan sekali-kali mengeluarkan atau membuat ugutan dengan menyebut bom terutama di kawasan strategik dan tempat tumpuan orang ramai seperti di  lapangan terbang, pusat membeli belah dan rumah ibadat walaupun tengah marah  atau hanya gurauan.

"Kesan daripada tindakan itu (mengeluarkan perkataan bom) cukup besar dan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai. Mereka yang bertindak sedemikian boleh ditahan, disiasat dan jika sabit kes akan didakwa di mahkamah," katanya.

Beliau berkata siasatan boleh dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Lion Air , Indonesia , LTAPP , Lai Fah Hin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan