Kes Hasutan Azmi Dibicarakan Di Mahkamah Sesyen

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 5:00 PM

Azmi bersama peguamnya, Gobind Singh Deo ketika perbicaraan kesnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kes hasutan yang dihadapi pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Azmi yang diwakili peguam Gobind Singh Deo supaya perbicaraan kes hasutannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata mahkamah berpendapat tidak ada perkara tidak adil atau tidak munasabah terhadap pemohon (Azmi) sekiranya perbicaraan kes itu diteruskan di Mahkamah Sesyen.

"Kes ini bukan satu kes yang luar biasa atau terkecuali. Mahkamah mendapati tiada sebab kukuh dikemukakan pemohon mengapa kesnya tidak patut didengar oleh Mahkamah Sesyen. 

"Oleh itu mahkamah menolak permohonan tersebut dan kes di Mahkamah Sesyen diteruskan," katanya.

Mahkamah juga menolak permohonan Gobind untuk menangguhkan perbicaraan yang ditetapkan esok di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Amernudin Ahmad, dan memerintahkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan dikemukakan di mahkamah berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim berhujah tidak wujud keadaan istimewa dalam kes Azmi yang membolehkan beliau memindahkan kes hasutannya ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Gobind berhujah bahawa Seksyen 417 Kanun Acara Jenayah menyatakan Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa dan hak untuk memindahkan kes berkenaan dan seterusnya mendengarnya di Mahkamah Tinggi tersebut. 

"Sekiranya anak guam saya dibicarakan di Mahkamah Sesyen, haknya untuk merayu akan berakhir di Mahkamah Rayuan," katanya.

Azmi, 46, didakwa menyebut perkataan menghasut berhubung komennya dalam berita bertajuk 'Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told', di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM itu juga didakwa terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama. 

Kedua-dua pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan