Rakyat Malaysia Dipenjara Di Singapura Kerana 'Rancang' Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia berusia 40 tahun yang merupakan sebahagian daripada satu sindiket melakukan kemalangan jalan raya bagi menipu syarikat insurans melalui tuntutan palsu dipenjara selama 44 minggu.

Tew Yee Jeng juga hilang kelayakan untuk memandu selama lima tahun selepas dibebaskan dari penjara.

Dia mengaku bersalah November lalu terhadap tiga tuduhan berkomplot untuk menipu dan melakukan tipu daya untuk memandu secara melulu serta bersubahat memberi maklumat palsu kepada pihak polis.

Yee Jeng juga mengaku tujuh lagi pertuduhan yang telah diambil kira semasa menjatuhkan hukuman semalam.

Mahkamah Rendah telah mendengar bahawa Yee Jeng, pemasang papan siling, bersama rakan sejenayahnya telah mengarahkan mereka untuk brek secara tiba-tiba ketika memandu supaya tidak timbul curiga terhadap kenderaan itu yang akan dilanggar oleh kereta lain dari belakang.

Tuntutan palsu untuk kerosakan harta benda dan kecederaan peribadi keseluruhannya berjumlah S$104,768 (RM320,900) telah dikemukakan oleh sindiket itu untuk tiga kemalangan kereta yang berlaku pada Julai 2014, April 2012 dan Januari 2012.

Sejumlah S$18,258 (RM55,900) telah dibayar oleh dua syarikat insurans untuk dakwaan-dakwaan palsu tersebut.

Pada satu kejadian, pada 3 Julai 2014, dia dan tiga rakan sejenayahnya - dua daripada mereka adalah rakyat Malaysia - memandu di sekitar Woodlands untuk mencari kenderaan yang sesuai untuk sasaran.

Kira-kira pukul 9.45 malam, semasa dalam perjalanan di sepanjang Woodlands Avenue 9, dia memperlahankan keretanya dan memberitahu rakan sejenayah yang di belakangnya, di mana mereka memasang mod pembesar suara pada telefon bimbit supaya menekan brek pada kenderaannya yang berdaftar di Singapura.

Kenderaan berat yang sedang dalam perjalanan di belakang kereta rakan sejenayahnya tidak dapat memberhentikan kenderaan, dan merempuh belakang kereta itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan